Jom singgah

Tuesday, December 30, 2014

JOM SINGGAH



Homestay al- Faizal yang terletak di Taman Saujana Seksyen 2/11, Bukit Katil Ayer Keroh, Melaka ini  menyediakan kemudahan kepada tetamu  yang ingin berurusan sekitar negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Keselesaan akan dapat dialami  seperti menginap di rumah sendiri untuk   rombongan pertunangan, perkahwinan, seminar, kursus, pendaftaran anak-anak di UTEM, UiTM, Kolej Yayasan Melaka, OUM dll pusat pengajian tinggi berdekatan, menghadiri konvokesyen anak-anak di universiti,  penginapan untuk majlis perkahwinan, melancong, membeli-belah dan sebagainya dengan kadar yang berpatutan.

Banyak tempat bersejarah untuk dilawati bersama anak-anak terutama pada musim cuti persekolahan seperti di Bandar Hilir, Kota A Formosa, Bukit St. Paul, Menara Taming Sari, Dataran Pahlawn, Muzium Kesultanan Melaka. 

Di Ayer Keroh pula terdapat Taman Rama-Rama, Taman Burung, Melaka Wonderland, Zoo Melaka, Taman Buaya, Taman Seribu Bunga, Taman Botani, Dataran Ayer Keroh, MITC. Manakala, tempat bersejarah yang paling hampir terdapat di Duyong yang memerlukan perjalanan 10 minit sahaja. Di situ terdapat Perigi Hang Tuah dan perkampungan Hang Tuah serta terdapat gerai-gerai yang menjual pelbagai cenderamata sebagai kenang-kenangan.

Untuk tempahan bolehlah hubungi:
014-726 1565 / 019-235 6047 / 017-213 6418

No comments:

Post a Comment