Homestay al- Faizal yang terletak di Taman Saujana
Seksyen 2/11, Bukit Katil Ayer Keroh, Melaka ini menyediakan kemudahan
kepada tetamu yang ingin berurusan sekitar negeri Melaka Bandaraya
Bersejarah. Keselesaan akan dapat dialami seperti menginap di rumah
sendiri untuk rombongan pertunangan, perkahwinan, seminar,
kursus, pendaftaran anak-anak di UTEM, UiTM, Kolej Yayasan Melaka, OUM dll
pusat pengajian tinggi berdekatan, menghadiri konvokesyen anak-anak di
universiti, penginapan untuk majlis perkahwinan, melancong, membeli-belah
dan sebagainya dengan kadar yang berpatutan.
Banyak tempat bersejarah untuk dilawati bersama anak-anak
terutama pada musim cuti persekolahan seperti di Bandar Hilir, Kota A Formosa,
Bukit St. Paul, Menara Taming Sari, Dataran Pahlawn, Muzium Kesultanan
Melaka.
Di Ayer Keroh pula terdapat Taman Rama-Rama, Taman
Burung, Melaka Wonderland, Zoo Melaka, Taman Buaya, Taman Seribu Bunga, Taman
Botani, Dataran Ayer Keroh, MITC. Manakala, tempat bersejarah yang paling
hampir terdapat di Duyong yang memerlukan perjalanan 10 minit sahaja. Di situ
terdapat Perigi Hang Tuah dan perkampungan Hang Tuah serta terdapat gerai-gerai
yang menjual pelbagai cenderamata sebagai kenang-kenangan.
Untuk tempahan bolehlah hubungi:
014-726 1565 / 019-235 6047 / 017-213 6418