Jom singgah

Tuesday, December 30, 2014

JOM SINGGAH



Homestay al- Faizal yang terletak di Taman Saujana Seksyen 2/11, Bukit Katil Ayer Keroh, Melaka ini  menyediakan kemudahan kepada tetamu  yang ingin berurusan sekitar negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Keselesaan akan dapat dialami  seperti menginap di rumah sendiri untuk   rombongan pertunangan, perkahwinan, seminar, kursus, pendaftaran anak-anak di UTEM, UiTM, Kolej Yayasan Melaka, OUM dll pusat pengajian tinggi berdekatan, menghadiri konvokesyen anak-anak di universiti,  penginapan untuk majlis perkahwinan, melancong, membeli-belah dan sebagainya dengan kadar yang berpatutan.

Banyak tempat bersejarah untuk dilawati bersama anak-anak terutama pada musim cuti persekolahan seperti di Bandar Hilir, Kota A Formosa, Bukit St. Paul, Menara Taming Sari, Dataran Pahlawn, Muzium Kesultanan Melaka. 

Di Ayer Keroh pula terdapat Taman Rama-Rama, Taman Burung, Melaka Wonderland, Zoo Melaka, Taman Buaya, Taman Seribu Bunga, Taman Botani, Dataran Ayer Keroh, MITC. Manakala, tempat bersejarah yang paling hampir terdapat di Duyong yang memerlukan perjalanan 10 minit sahaja. Di situ terdapat Perigi Hang Tuah dan perkampungan Hang Tuah serta terdapat gerai-gerai yang menjual pelbagai cenderamata sebagai kenang-kenangan.

Untuk tempahan bolehlah hubungi:
014-726 1565 / 019-235 6047 / 017-213 6418

HOMESTAY AL-FAIZAL DI TAMAN SAUJANA SEKSYEN 2/11, BUKIT KATIL, AYER KEROH, MELAKA

Kami menyediakan perkhidmatan homestay yang berkonsep Mesra Keluarga.

Homestay al-Faizal ini mempunyai 3 bilik tidur lengkap dengan pendingin hawa di setiap bilik. Beberapa kemudahan telah disediakan iaitu:
1.   Dua  bilik tidur dengan katil kelamin, satu bilik tidur dengan katil bujang serta dua bilik air.
2.    Ruang dapur yang lengkap dengan meja makan keluarga, dua peti sejuk  untuk memuatkan bahan basah, dapur gas, periuk nasi elektrik, cerek elektrik, microwave oven, dll kemudahan untuk memasak bagi keluarga. Pinggan mangkuk cukup untuk meraikan tetamu seramai 30 orang.
3.   Ruang tamu lengkap dengan pendingin hawa, TV lcd, sofa, kipas angin
4.   Halaman rumah disediakan dengan kerusi taman untuk bersantai pada waktu petang serta terdapat tempat letak kereta.
5.   Mesin basuh automatik disediakan di ruang belakang rumah muat untuk menampung 6.5 kg baju, lengkap dengan penyangkut baju dan hanger.

Jangan lepaskan peluang kerana kami menawarkan kadar sewa yang amat berpatutan iaitu RM 200 sahaja untuk sehari semalam.
Masuk pada jam 2.00 petang dan keluar jam 12.30 tengah hari.
Hubungi: 019- 235 6047 / 014-726 1565